satu malam ,cuba bangun dari tidur tapi tak dapat. dengar apa orang lain cakap tapi tak mampu nak jawab. dengar bunyi berdesing. badan terasa berat macam ada benda tindih. nafas turun-naik.
terus mata ditutup serapat-rapatnya takut terlihat apa yang tak mahu dilihat (takut namapk hantu.lol).
esok pagi. HEBOH. cakap..."wei, semalam aku kena tindih hantu la. gila la. takut woo..."
tapi sebenarnya tu bukannya kena tindih hantu tapi sleep paralyse. macam lumpuh. tapi jangan risau adik kakak, tu bukannya penyakit. tok sah takut na
-----------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
ok. sleep paralyse ni sebenarnya satu stage antara tidur dan jaga. masa ni kita akan rasa tak mampu nak cakap apa-apa dan rasa badan berat je. kadang-kadang untuk beberapa saat, kadang-kadang melarat sampai berminit-minit.
ada dua jenis keadaan sleep paralyse ni kalau ia terjadi bila ;
nak tidur : hypnagogic atau predormital sleep paralysis
bangun dari tidur : hypnopompic atau postdormital sleep paralysis.
benda ni jadi sebab masa kita nak tidur sepatutnya badan jadi relax dan tenang. masa ni kita biasanya tak sedar dah. tapi bila kita sedar(aware) lagi masa stage ni..kita akan dapat rasa badan tak dapat bergerak dan kita tak dapat bercakap(ini lah yang kita di ajar dari kecik sampai tua orang cakap "kena tidnih hantu")
kenapa benda ni boleh jadi sebenarnya???
ok. macam ni pertama sebab badan kita letih. assingmnet banyak, siang tadi kerja angkat berat 100 kampit. lepastu jogging 10 pusingan padang. kena denda berdiri tengah padang pulak.
2. kurang tidur.
3. jadual tidur berubah.
biasanya tidur sharp pukul 11.00 malam. satu malam online sampai 3,4 pagi. kan dah berubah jadual tu.
4. stress.
5. posisi tidur ..(aku tak tau nak panggil apa. aku tunjuk gambar je lah)sebab tu sunnah tidur mengiring.
6. ada masalah tidur.
contohnya susah nak tidur malam, kaki krem bila malam(tak selimut lah niii)
7. kesan ubat.
Biasanya sleep paralyse ni tak bahaya. cuma kalau dah beri kesan kepada kehidupan seharian sampai risau seharian, nak tidur pun takut, etc etc..boleh la bawak diri jumpa doktor.
jadi kesimpulannya, tak ada kejadian tidih hantu bila nak tidur ya(Allahualam). esok ce cakap kat member "wei, semalam aku kena sleep paralyze."
tak ke cool gila tu.
No comments:
Post a Comment