aku bukan baru sebenarnya dalam dunia blogging ni. dunia maya yang orang bebas nak tulis apa, nak share apa je. ramai yang tak ambil kisah tentang adat, budaya..dan paling sedih ketepikan agama. ni akaun baru. keinginan untuk berblogging tak dapat nak ditahan. cuma kali ni aku nak berblogging dengan dengan guna akal dan hati berlandaskan agama. insyaAllah.
satu kesedaran timbul bila aku dengar ramai golongan ilmiah, cerdik pandai, golongan alim, kawan-kawan, dari pembacaan yang berblogging boleh janakan dosa tanpa henti. bak kata orang..once u hit enter, one world can see it.
apa nya dosa tanpa henti ni?
dosa tanpa henti ni terjadi bila kita terutama perempuan biasanya buat perkara-perkara yang melanggar hukum agama. samada secara sedar/tidak sedar.
Apa yang salah sangat tu?
contohnya :
1. upload gambar sendiri dalam keadaan tabarruj bagi yang bertudung(berlebih lebihan)
bila tabarruj ni jadi? bila gambar kita tu kita berhias berlebih. mekap, pakai baju yang menarik perhatian, gaya yang berlebihan. kadang-kadang gaya tu boleh menimbulkan fitnah.
2.upload gambar sendiri yang tak tutup aurat.
kita semua dah sedia maklum, aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. jadi bahagian-bahagian lain memang wajib ditutup dengan seeloknya. aurat ni pun sebenarnya untuk jaga maruah wanita itu sendiri. menutup aurat dengan tak sempurna pula dah jadi macam satu kebiasaan dan dilakukan tanpa rasa berdosa. menutup tubuh badan dengan berpakaian ketat, sendat, jarang..kata mudahnya dengan
pakai jeans ketat,
seluar slack sendat,
baju singkat,
tudung jarang,
tudung singkat,
lengan baju sekerat,
pakai skirt jarang,
baju ketat etc etc.
bila kita berpakaian begitu di dunia realiti, kita akan berdosa ketika itu. bila kita postkan gambar di dunia siber..tak kira masa selagi ada orang yang buka, tengok malah save gambar kita, ada yang share lagi..ditakuti dosa itu tak henti-henti bertambah. tanpa kita sedar. semasa kita hidup ni kita boleh bertaubat, delete semua gambar yang termampu..tapi bila dah meninggal nanti..kita dah tak mampu nak bertaubat. tapi dosa semakin hari semakin bertambah. masa tu apa kita boleh buat?
3.gaya menjadi ikutan.
Alhamdulillah kalau gaya yang kita tonjolkan gaya yang menepati hukum syarak. tutup aurat dengan sempurna. tapi kalau gaya tu tak menepati kehendak Islam iaitu tutup macam sarung nangka..apa jadi? kita sendiri yang berpakaian macam tu dah dikira berdosa, lepas tu jadi ikutan pula. dosa-dosa orang yang mengikut kita tu akan kita sendiri tanggung sama. dosa sendiri kita tak tertanggung, inikan pula dosa ini.
4. gambar berduaan, gaya dan aksi yang tak sepatutnya dengan bukan muhrim/bf/tunang/husband to be
dah terang lagi bersuluh, bersentuhan antara bukan muhrim itu haram. ok, aku bukanlah pakar agama yang mampu nak kupas soal ni dengan dalam. cuma kalau ada gambar-gambar tu simpan untuk tatapan diri sendiri sahaja la. lagi bagus kalau tak diambil langsung. apa yang makin pelik sekarang ramai bakal pengantin berebut-rebut ambil gambar pre-wedding. gambar pre-wedding yang macam gambar orang yang dah nikah. itu dah memang satu kesalahan, lepas tu kita sebarkan pula. macam bagi dorongan untuk orang lain ikut sama. untuk pengetahuan, pasangan suami isteri pun ditegah untuk beraksi mesra di khalayak ramai. inikan pula yang belum berkahwin. KENAPA? sebab ia dikhuatiri menimbulkan nafsu yang..faham-faham lah.
4. share..post gambar orang lain dalam keadaan aurat tak tutup. samada tak tutup langsung/ tak tutup dengan sempurna.
5. post benda yang melalaikan.
6. bila apa yang kita tulis tu tentang sesuatu yang mengaibkan orang lain. tak elok kan buka aib orang. kita pun tak suka kalau orang buka aib kita kan.
7.bila post yang memaki, menghina, mengata orang.
mungkin kita tak cakap pun individu yang dimaki atau dimarah tu. tapi...kalau dia baca for sure dia tahu. tak pun kalau orang lain yang baca dan dia terasa. terus bersalah sebab kecilkan hati orang.
8.bila duit yang kita dapat hasil daripada iklan yang...diragui.
9.bila kita dengan senang hati share kesalahan kita dengan semua orang. ustaz sekolah aku dulu pernah cakap yang sebaiknya kesalahan, dosa kita kita tak hebahkan. simpan je. sebab dikhuatiri jadi pendorong untuk orang lain buat kesalahan yang sama.
aku pun pernah terleka dan terlalai. sekarang, aku harap kawan-kawan..bloggers yang sedang terlalai akan tersedar dan bangkit dari kelalaian. ketika Dia masih beri kesempatan ni..bertaubatlah. =)
No comments:
Post a Comment