lepas penat balik kerja , balik rumah, cepat-cepat lari masuk bilik sebab ada bilik ..yang calming, tenang, wangi.. ooh. seronoknya.
sekarang aku nak share few pictures of dekorasi bilik tidur yang dicopy dari google(where else kan.) bagi aku bilik ialah satu kawasan yang kita mahukan privacy, ketenangan..tempat yang kita boleh lari dari hiruk pikuk kerja yang tak pernah-pernah habis. jadi aku lebih prefer bilik yang cuma ada basic furniture sahaja. iaitu katil, meja kecil, cermin, almari. sebolehnya elakkan daripada benda elektronik macam komputer, tv..bagi aku semua tu mengganggu ketenangan. oh one more thing..kat bilik mesti ada rak yang penuh dengan buku. bahagia
tapi lain orang lain citarasanya kan. semua tu bergantung kepada keperluan dan kemahuan diri kita. so moh le tengok gambar-gambar nya..
drumroll..
tadaaaa..
ala resort. guna banyak perabot kayu. natural..dan yang penting air ventilation terbaik. cuma err..bilik air takde pintu. -.-"
bukak tingkap pagi-pagi terus terjun laut. tak ke bahagia tu. ni pun macam bilik kat resort. perabot pun tak banyak. katil super selesa..dan air ventilation baguss.oh ya, bantal-bantal pelbagai saiz sangat bagus ya. selain daripada bantal biasa kita alas kepala sebab bantal-bantal pelbagai saiz ni boleh guna masa baca buku atau rehatkan badan dan cantik sebagai hiasan juga. macam mana guna untuk rehatkan badan? satu bantal letak belakang badan, satu bawah kepala, satu bawah kaki sambil menyandar kat kepada katil.
hiasan yang simple dan moden. pintu kaca yang tak guna langsir. kalau nak privacy boleh la letak langsir ya. cuma pastikan langsir tu cantik di kedua belah sisi. depan dan belakang. sebab langsir tu nampak dari luar jugak kan. cadar pun guna yang simple je macam kat hotel. nampak selesa. tapi apa paling penting? ventilation..ventilation..oh ya..bila guna pintu kaca ni kena rajin cuci jugak sebab cepat kotor.
bilik yang agak berat bagi aku. tapi sure ada yang suka ni. aku suka part kotak simpanan kat hujung katil sebab nampak natural,classy dan macam pirate of carribean sikit. hehe. guna sliding door, so jimat space. kepala katil tu jenis yang kena rajin bersihkan sebab perangkap habuk. sofa kecil tu sangat selesa untuk baca buku siang-siang. cuma bilik ni agak kecil untuk perabut yang macam..agak banyak dan sarat,
kalau tengok gambar yang aku share ni banyak interior cantik sebab kawasan dia sangat sangat menarik. tepi pantai, ada air, angin.
jadi kalau rumah tengah bandar yang memang tak ada sungai, pantai, laut, bukit, hutan..macam mana nak buat?
post selepas ni i share-share macam mana nak buat ok.
ok save the best for the last..mesti ramai nak bilik ala ala ombak rindu kan. boleh feeling jadi haris dengan izzah. hehe. ok..here
katil yang kat atas ni sesuai untuk bilik yang luas. kalau bilik kecil, perabut tak boleh banyak sebab katil ni je dah nampakkan ruang tu penuh. kelemahan katil macam ni kalau nak guna kat Malaysia .. tambahan lagi kalau guna langsir macam tu..ia akan jadi perangkap habuk. so, kena rajin cuci ye. tapi tapi..katil ni sangat romantik ok. haha
credit to google
No comments:
Post a Comment