somaga kita saling ingat-mengingati antara satu sam lain

Saturday, January 21, 2012

bilik/kolej/asrama universiti

bagi student-student baru yang nak masuk u, mesti nak tahu condition bilik kat kolej kan.  sini aku sediakan untuk 3 universiti je. UIA,UiTM, dan UTM

UIA

 ada lagi bilik jenis lain kat UIA ni. cuma ni aku dapat.sumber seperti tertera kat gambar,




UITM 

setiap negeri kolej dia berbeza. kalau kat branch lain..kat main campus lain. ni yang paling basic kot.


 UTM




cakap

zaman sekarang blog dah jadi macam kewajipan pulak.  semua orang biasanya ada blog.  cuma banyak blog yang i baca, terutama teenagers yang entahapaapa.  for me at least biarla blog tu berguna sikit.  kan.

Apa yang remaja perempuan mesti ada?

..mesti ada bila nak masuk U atau bording school / mana-mana yang jauh dari rumah. kat sini i listkan yang penting atau keperluan asas.  barang-barang yang untuk memenuhi kepuasan diri tak de kot sini. haha.

1. deodoran
2.berus gg
3.ubat gigi
4.perfume
5.shower cream yang bau sedap sampai rasa nak makan tangan sendiri.
6.shampoo best
7.pengetip kuku
8.facial care
9.sikat+getah rambut+sepit rambut+++
10.losyen badan.
11.stoking malam + stoking siang
12.pantyliner
13.barang2 dalaman
14.flos
15.balm (tiger balm etc etc)
16.pengetip kuku
17.charger handphone (kalau sekolah tak bagi bawak hp toksah nak gatal tangan bawak)
18.kad public phone buat call family hari-hari
19.anak tudung (5 helai)
20.dictionary
21.bakul untuk letak barang mandi. 
22.rak buku/book holder
23.files (untuk letak notes/papers yang lecturer bagi contohnya0
24.note books. (tulis nota)
25.foolscap paper/ A4 paper (tulis nota)
26.calculator
27.kotak-kotak plastik/kertas yang comel (simpan barang)
28.hangersss dan pengepit.
29.baldi
30.bakul untuk letak baju kotor.
31.berus basuh baju,
32.sabun basuh baju.
33.downy/softlan/daia PELEMBUT PAKAIAN
34.cermin muka
35.bekas stationaries
36.stationaries (pen,pensil,pemadam,....)
37.JAM LOCENG (supaya takde subuh gajah)
38. radio/walkman/cd player/ipod/..eh hp kan ada.depends lah ni.
39.tempat gantung baju yang boleh alih / yang terus lekat kat dinding.
40.bakul sampah.
41.pengelap kaki.
42.tikar getah/tikar mengkuang/karpet( letak dalam bilik)
43.cadar
44.selimut
45.bantal
46.teddybear (-.-")
47.lampu tidur (for those who cannot sleep in the dark..)
48.pewangi bilik
49.rak kasut
50.hand sanitizer
51.mug
52.iron
53.water heater
54.kain batik


PAKAIAN

1.t-shirt sukan lengan panjang (no 3 suku)
2.sluar track
3.jeans yang tak ketat dan proper. bukan yang koyak rabak tu
4.kemeja (depends)
5.baju kurungggggg 
6.tudung/selendang/jilbab
7.blause
8.kain hitam (uitm sahaja)
9.sweater
10.cardigan
11.baju tshirt yang nak pakai hari-hari buat tidur atau sianghari juga
12.seluar pendek/3 quater/panjang (pakai kat bilik)
13.dalaman


DUNIA dan AKHIRAT

TELEKUNG 2 pasang. +sejadah
Al-Quran
Yassin
Al-Matsurat
buku belajar solat (kalau dah rasa terpesong tu bawakkanlah diri baca buku dan mengaji) 

jangan lupa benda asasi..MAKANAN!!

so bila tengok list yang panjang ni, boleh la kira berapa mak ayah kena spend.  banyak kan? jadi hargailah setiap barang..bayar lah. bayar dengan belajar sungguh-sungguh.  tak dapat dean list/staright A pun takpe asal kita dah usaha 200%.

So far ini saja la.  kalau ada cadangan nak tambah apa jangan segan silu, jangan malu-malu comment ok.

Wednesday, January 18, 2012

TEKA TEKI 1

ada 20 ekor kuda sedang makan rumput.


5 ekor tidur.

berapa ekor kuda yang masih berdiri (standing)?

fikir
fikir
fikir
fikir










jawapan dia : 20 ekor sebab kuda memang tidur berdiri.

untuk mendapat kesahihan jawapan ni..dan untuk mengelak korang kena boo bila bagi teka-teki ni ni aku pun cari la fakta dia.

kuda biasanya tidur berdiri atau dipanggil 'standing apparantus' .  kuda jarang tidur baring sebab berat badan dia akan beri tekanan kepada organ badan. kuda akan lying down jugak kadang-kadang bila jumpa tempat yang selesa.
cara kuda lying down



bukan macam ni.  ni dah tak bernyawa..






jaga-jaga!!

zaman sekarang sangat senang benda buruk busuk tak elok nak pengaruhi kita. TV, internet, wayang, majalah malah surat khabar juga.kita yang dah dewasa insyaAllah dapat bezakan mana baik mana buruk.  mana haram mana halal.  golongan yang kita perlu jaga sekarang ialah golongan anak-anak..remaja yang masih mentah harungi dunia.

JOM SAMA-SAMA JAGA KANAK-KANAK DAN REMAJA KITA DARI DIPENGARUHI BENDA BUSUK, BURUK ITU SEMUA.

mereka ialah pemangkin masa depan.

Jom pakai sarung kaki!

TADAAAA..

err..gambar sarung kaki tak ditemui.  kalau terangkan je boleh kan. =)

sarung kaki ni macam stokin. warna coklat/koko/hitam biasanya.  biasanya perempuan pakai dengan sandal/selipar.  kalau stokin kita pakai dengan kasut kan.  material dia juga sedikit nipis daripada stokin.  mungkin berpadanan dengan fungsinya.

kita sebagai perempuan ni kadang-kadang alpa..

tudung dah pakai elok, tutup dada, tutup bahagian belakang, tak jarang. 

baju elok. longgar, labuh sampai lutut, labuh tutup punggung. warna tak striking .BUGUS BAGUS DAH

seluar dah longgar. ELOK DAH

tapi tiba-tiba 

ruginya bila tengok bawah tak pakai sarung kaki / stokin. nampak jari jemari.  

stokin atau sarung kaki tu biar panjang ya..at least sampai ke betis bukan takat buku lali je tau. ;-)

"tapi kan kak, kenapa kena pakai sarung kaki?"
 so,


tapi kan..tapi..kalau pakai sarung kaki pun biarlah yang tebal. no jarang-jarang okay.


SEDIKIT TEGURAN

aku bukan baru sebenarnya dalam dunia blogging ni.  dunia maya yang orang bebas nak tulis apa, nak share apa je.  ramai yang tak ambil kisah tentang adat, budaya..dan paling sedih ketepikan agama. ni akaun baru.  keinginan untuk berblogging tak dapat nak ditahan.  cuma kali ni aku nak berblogging dengan dengan guna akal dan hati berlandaskan agama. insyaAllah.

satu kesedaran timbul bila aku dengar ramai golongan ilmiah, cerdik pandai, golongan alim, kawan-kawan, dari pembacaan yang berblogging boleh janakan dosa tanpa henti.  bak kata orang..once u hit enter, one world can see it.

apa nya dosa tanpa henti ni?

dosa tanpa henti ni terjadi bila kita terutama perempuan biasanya buat perkara-perkara yang melanggar hukum agama.  samada secara sedar/tidak sedar.

Apa yang salah sangat tu?

contohnya :

1. upload gambar sendiri dalam keadaan tabarruj bagi yang bertudung(berlebih lebihan)

 bila tabarruj ni jadi? bila gambar kita tu kita berhias berlebih. mekap, pakai baju yang menarik perhatian, gaya yang berlebihan.  kadang-kadang gaya tu boleh menimbulkan fitnah.

2.upload gambar sendiri yang tak tutup aurat.

kita semua dah sedia maklum, aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka.  jadi bahagian-bahagian lain memang wajib ditutup dengan seeloknya.  aurat ni pun sebenarnya untuk jaga maruah wanita itu sendiri.  menutup aurat dengan tak sempurna pula dah jadi macam satu kebiasaan dan dilakukan tanpa rasa berdosa.  menutup tubuh badan dengan berpakaian ketat, sendat, jarang..kata mudahnya dengan 

pakai jeans ketat, 
seluar slack sendat, 
baju singkat, 
tudung jarang, 
tudung singkat, 
lengan baju sekerat, 
pakai skirt jarang, 
baju ketat etc etc.

bila kita berpakaian begitu di dunia realiti, kita akan berdosa ketika itu. bila kita postkan gambar di dunia siber..tak kira masa selagi ada orang yang buka, tengok malah save gambar kita, ada yang share lagi..ditakuti dosa itu tak henti-henti bertambah.  tanpa kita sedar.  semasa kita hidup ni kita boleh bertaubat, delete semua gambar yang termampu..tapi bila dah meninggal nanti..kita dah tak mampu nak bertaubat.  tapi dosa semakin hari semakin bertambah. masa tu apa kita boleh buat?

3.gaya menjadi ikutan.

Alhamdulillah kalau gaya yang kita tonjolkan gaya yang menepati hukum syarak.  tutup aurat dengan sempurna.  tapi kalau gaya tu tak menepati kehendak Islam iaitu tutup macam sarung nangka..apa jadi?  kita sendiri yang berpakaian macam tu dah dikira berdosa, lepas tu jadi ikutan pula.  dosa-dosa orang yang mengikut kita tu akan kita sendiri tanggung sama.  dosa sendiri kita tak tertanggung, inikan pula dosa ini.

4. gambar berduaan, gaya dan aksi yang tak sepatutnya dengan bukan muhrim/bf/tunang/husband to be

dah terang lagi bersuluh, bersentuhan antara bukan muhrim itu haram. ok, aku bukanlah pakar agama yang mampu nak kupas soal ni dengan dalam.  cuma kalau ada gambar-gambar tu simpan untuk tatapan diri sendiri sahaja la.  lagi bagus kalau tak diambil langsung.  apa yang makin pelik sekarang ramai bakal pengantin berebut-rebut ambil gambar pre-wedding.  gambar pre-wedding yang macam gambar orang yang dah nikah. itu dah memang satu kesalahan, lepas tu kita sebarkan pula.  macam bagi dorongan untuk orang lain ikut sama.  untuk pengetahuan, pasangan suami isteri pun ditegah untuk beraksi mesra di khalayak ramai.  inikan pula yang belum berkahwin.  KENAPA? sebab ia dikhuatiri menimbulkan nafsu yang..faham-faham lah.

4. share..post gambar orang lain dalam keadaan aurat tak tutup. samada tak tutup langsung/ tak tutup dengan sempurna.

5. post benda yang melalaikan.

6. bila apa yang kita tulis tu tentang sesuatu yang mengaibkan orang lain.  tak elok kan buka aib orang. kita pun tak suka kalau orang buka aib kita kan.

7.bila post yang memaki, menghina, mengata orang. 

mungkin kita tak cakap pun individu yang dimaki atau dimarah tu.  tapi...kalau dia baca for sure dia tahu.  tak pun kalau orang lain yang baca dan dia terasa.  terus bersalah sebab kecilkan hati orang.

8.bila duit yang kita dapat hasil daripada iklan yang...diragui.

9.bila kita dengan senang hati share kesalahan kita dengan semua orang.  ustaz sekolah aku dulu pernah cakap yang sebaiknya kesalahan, dosa kita kita tak hebahkan.  simpan je.  sebab dikhuatiri jadi pendorong untuk orang lain buat kesalahan yang sama.
aku pun pernah terleka dan terlalai.  sekarang, aku harap kawan-kawan..bloggers yang sedang terlalai akan tersedar dan bangkit dari kelalaian. ketika Dia masih beri kesempatan ni..bertaubatlah. =)

PERINGATAN 1

bedroom design 1

lepas penat balik kerja , balik rumah, cepat-cepat lari masuk bilik sebab ada bilik ..yang calming, tenang, wangi.. ooh. seronoknya.

sekarang aku nak share few pictures of dekorasi bilik tidur yang dicopy dari google(where else kan.) bagi aku bilik ialah satu kawasan yang kita mahukan privacy, ketenangan..tempat yang kita boleh lari dari hiruk pikuk kerja yang tak pernah-pernah habis.  jadi aku lebih prefer bilik yang cuma ada basic furniture sahaja.  iaitu katil, meja kecil, cermin, almari.  sebolehnya elakkan daripada benda elektronik macam komputer, tv..bagi aku semua tu mengganggu ketenangan.  oh one more thing..kat bilik mesti ada rak yang penuh dengan buku.  bahagia

tapi lain orang lain citarasanya kan.  semua tu bergantung kepada keperluan dan kemahuan diri kita.  so moh le tengok gambar-gambar nya..

drumroll..

tadaaaa..



ala resort.  guna banyak perabot kayu.  natural..dan yang penting air ventilation terbaik. cuma err..bilik air takde pintu.  -.-"
bukak tingkap pagi-pagi terus terjun laut.   tak ke bahagia tu. ni pun macam bilik kat resort.  perabot pun tak banyak.  katil super selesa..dan air ventilation baguss.oh ya, bantal-bantal pelbagai saiz sangat bagus ya.  selain daripada bantal biasa kita alas kepala sebab bantal-bantal pelbagai saiz ni boleh guna masa baca buku atau rehatkan badan dan cantik sebagai hiasan juga.  macam mana guna untuk rehatkan badan?  satu bantal letak belakang badan, satu bawah kepala, satu bawah kaki sambil menyandar kat kepada katil.



hiasan yang simple dan moden.  pintu kaca yang tak guna langsir.  kalau nak privacy boleh la letak langsir ya.  cuma pastikan langsir tu cantik di kedua belah sisi.  depan dan belakang.  sebab langsir tu nampak dari luar jugak kan.  cadar pun guna yang simple je macam kat hotel.  nampak selesa.  tapi apa paling penting? ventilation..ventilation..oh ya..bila guna pintu kaca ni kena rajin cuci jugak sebab cepat kotor.



bilik yang agak berat bagi aku.  tapi sure ada yang suka ni.  aku suka part kotak simpanan kat hujung katil sebab nampak natural,classy dan macam pirate of carribean sikit. hehe.  guna sliding door, so jimat space.  kepala katil tu jenis yang kena rajin bersihkan sebab perangkap habuk.  sofa kecil tu sangat selesa untuk baca buku siang-siang.  cuma bilik ni agak kecil untuk perabut yang macam..agak banyak dan sarat,


kalau tengok gambar yang aku share ni banyak interior cantik sebab kawasan dia sangat sangat menarik.  tepi pantai, ada air, angin. 

jadi kalau rumah tengah bandar yang memang tak ada sungai, pantai, laut, bukit, hutan..macam mana nak buat?

post selepas ni i share-share macam mana nak buat ok.
ok save the best for the last..mesti ramai nak bilik ala ala ombak rindu kan. boleh feeling jadi haris dengan izzah. hehe.  ok..here



katil yang kat atas ni sesuai untuk bilik yang luas.  kalau bilik kecil,  perabut tak boleh banyak sebab katil ni je dah nampakkan ruang tu penuh.  kelemahan katil macam ni kalau nak guna kat Malaysia .. tambahan lagi kalau guna langsir macam tu..ia akan jadi perangkap habuk.  so, kena rajin cuci ye.  tapi tapi..katil ni sangat romantik ok. haha

credit to google

Tuesday, January 17, 2012

posisi tidur dan personaliti

aku selalu rasa risau kalau dengan body language aku,  orang dapat baca apa ynag tersirat dan tersurat dalam benak fikiran aku ni.  atau pun, dari gelagat aku, orang dapat tau aku ni orang macam mana. scarryyy.  cuba la bagitau bukan aku sorang je rasa macam ni..


cuma kan.  cuma lah, kalau ada orang yang 

korek hidung, tangan garu-garu lepas tu makan.  tanpa basuh tangan.  itu memang adik aku pun tau maksudnya orang tu pengotor.  itu ak susah pun.

cuma kalau..kalau dari cara kita yang cakap kuat lantang jiran 40 buah rumah kiri kanan dapat dengar orang dapat tau..

"eh, dia ni gigi gosok sekali je sehari.  suka korek hidung lepastu letak bijih kat bawah meja.."


tak ke..malu tu.

ok. jadi sebelum orang lain dapat baca personaliti kita, lebih baik kita yang baca personaliti orang lain dulu kan. agagagaga.  itu namanya cool.

kali ni aku nak bagi tau cara nk kenal personaliti dari posisi tidur.



foetus
luar kasar, tadi dalam hati ada taman. ni posisi biasa yang kita guna bila tidur sebenarnya.  dan menurut kajian biasanya perempuan yang suka sangat tidur gaya macam ni. perempuan nak cakap diorang lembut lateeww.

log
orang yang easy-going,  suka berkawan, suka bersosial..cuma kesian mudah tertipu.

yearner
seorang yang bersifat terbuka, tapi cepat curiga dan sinis.  susah buat keputusan, tapi sekali dia buat keputusan..susah untuk ubah balik keputusan tu.  kalau dia dah kata nak porche warna merah, nak warna merah jugak.

soldier
seorang yang tenang dan tak suka keadaan kecoh-kecoh, keadaan sesak.  tapi dia ni high standard punya orang.

freefaller aka kuak lentang 
orang yang suka berkawan tapi mak aii kurang ajar.  mulut celupar, tak suka kritikan, sensitif. mak aku cukup marah kalau anak-anak dia tidur macam ni.

starfish aka patrick
seorang kawan yang baik, pendengar yang baik.  tak suka dapat perhatian.



credit to googles

sleep paralysis


satu malam ,cuba bangun dari tidur tapi tak dapat.  dengar apa orang lain cakap tapi tak mampu nak jawab.  dengar bunyi berdesing.  badan terasa berat macam ada benda tindih.  nafas turun-naik.

terus mata ditutup serapat-rapatnya takut terlihat apa yang tak mahu dilihat (takut namapk hantu.lol).


esok pagi. HEBOH.  cakap..."wei, semalam aku kena tindih hantu la. gila la.  takut woo..."


tapi sebenarnya tu bukannya kena tindih hantu tapi sleep paralyse.  macam lumpuh.  tapi jangan risau adik kakak, tu bukannya penyakit.  tok sah takut na

-----------------------------------------------------------------------------------------


ok.  sleep paralyse ni sebenarnya satu stage antara tidur dan jaga.  masa ni kita akan rasa tak mampu nak cakap apa-apa dan rasa badan berat je.  kadang-kadang untuk beberapa saat,  kadang-kadang melarat sampai berminit-minit.

ada dua jenis keadaan sleep paralyse ni kalau ia terjadi bila ;

nak tidur : hypnagogic atau predormital sleep paralysis

bangun dari tidur : hypnopompic atau postdormital sleep paralysis.

benda ni jadi sebab masa kita nak tidur sepatutnya badan jadi relax dan tenang. masa ni kita biasanya tak sedar dah.  tapi bila kita sedar(aware) lagi masa stage ni..kita akan dapat rasa badan tak dapat bergerak dan kita tak dapat bercakap(ini lah yang kita di ajar dari kecik sampai tua orang cakap "kena tidnih hantu")

kenapa benda ni boleh jadi sebenarnya???

ok. macam ni pertama sebab badan kita letih assingmnet banyak,  siang tadi kerja angkat berat 100 kampit.  lepastu jogging 10 pusingan padang.  kena denda berdiri tengah padang pulak.

2. kurang tidur.

3. jadual tidur berubah. 
biasanya tidur sharp pukul 11.00 malam.  satu malam online sampai 3,4 pagi. kan dah berubah jadual tu.

4.  stress.

5.  posisi tidur ..(aku tak tau nak panggil apa. aku tunjuk gambar je lah)sebab tu sunnah tidur mengiring.

6.  ada masalah tidur.

contohnya susah nak tidur malam,  kaki krem bila malam(tak selimut lah niii)

7.  kesan ubat.



Biasanya sleep paralyse ni tak bahaya.  cuma kalau dah beri kesan kepada kehidupan seharian sampai risau seharian, nak tidur pun takut, etc etc..boleh la bawak diri jumpa doktor.


jadi kesimpulannya,  tak ada kejadian tidih hantu bila nak tidur ya(Allahualam).  esok ce cakap kat member "wei, semalam aku kena sleep paralyze."

tak ke cool gila tu.