somaga kita saling ingat-mengingati antara satu sam lain

Sunday, March 29, 2020

How do i survived Part 2

Hai adik-adik, juniors sekalian. hari ni aku nak share cara survived di Universiti/mana mana pusat pengajian.  Aku percaya ada yang gabra kan, risau la, excited la. Perasaan bercampur baur. Ok lah, malas nak intro panjang-panjang, korang baca bawah ni ;

1. Put Allah first
Subhanallah.  Sebenarnya kita sebagai makhluk haruslah mendahulukan Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Niat kita dan tujuan kita melakukan sesuatu itu adalah kerana Allah.

2. Keep your trusted circle small
Sejujurnya, aku sedar akan kepentingan "small trusted circle" ni sewaktu dah dewasa.  Sebab masa diploma dulu rasa nak berkawan baik dengan semua orang sangat-sangat..yang sebenarnya tak perlu pun. Yang perlu ialah kenal, kawan dengan semua orang, tapi tak perlu rapat sangat. Contohnya, kau budak Engineering, tapi kau kawan jugak dengan budak Art, Math, IT dll.  Tapi kawan yang ada batas la, kawan setakat kawan.  kau tak perlu share benda private dengan semua orang pun, cukup share benda-benda umum saja, benda-benda yang natural. Yang penting jangan bercerita pasal orang dan mengumpat. Seriously, tak ada benda baik pun yang datang dari cakap-cakap belakang ni. Kalau kau terserempak dengan orang yang tengah cakap belakang, either kau slow-slow chow atau kau senyap dan dengar lagu.  Tak perlu dengar, tak perlu jadi nasi tambah.  Percayalah okay.

3. Family is the one who will never leave you, insyallah
Rapatlah dengan ahli keluarga sendiri. Kakak ke abang ke dan semestinya mak dan ayah.  Situasi kita berbeza-beza, ada mak mak jenis cool, banyak masa jadi boleh lah share A-Z kat mak, tapi kalau mak jenis busy maybe boleh share dengan adik beradik.

4. Stay away from negativity
Bukan maksudnya hidup kau kena positif sentiasa (which is impossible, kalau kau positif sentiasa seola olah kau dalam denial sebab hidup tak selalunya indah).

Tapi maksudnya, cubalah untuk cari nilai-nilai positif dalam setiap perkara.  Macam zaman aku dulu, aku tak dapat baucer makan sebab katanya tak layak , so walaupun aku sedih kena catu makan tapi secara positifnya aku boleh kawal makan, takdelah berat badan naik banyak sangat dll. ni sebagai contoh je la.

5. Hormat pensyarah
Aku tengok budak-budak zaman sekarang sangat rasa diorang pandai (zaman aku belajar dulu pun ada je macam ni tapi tak ramai la) sampai jadi TERkurang hormat kat pensyarah.  Pensyarah tak sempurna, bukan semua ilmu dia tahu, kadang buat silap jugak, manusia kan.  Tapi ingatlah pensyarah ni yang curahkan ilmu kat korang tau.  So hormatlah sumber ilmu korang.  Tak payah mengumpat pensyarah kat belakang, kondem sana sini.  Kalau betul pensyarah ada buat salah, adukan ikut channel yang betul.  ok? percayalah , keberkatan ilmu ni sangat-sangat penting.  Kau akan guna ilmu yang pensyarah ajar sampai kau kerja tau (almost sampai bila-bila), jadi berterima kasihlah dan hormatlah pensyarah anda. Nota tambahan : Selitkan nama mereka dalam doa-doa anda jugak okay.

6. Keep yourself busy
Wey jujurlah aku cakap , tolonglah jadi aktif. Join mana-mana aktiviti, NGO's dll kat Universiti.  Sebab dari sini kau akan kenal raaaaamai orang dari background yang berbeza (menarik doe), dan kau akan terlari kejap dari hidup kelas-buku-assignment-kelas-exam kau tu.  Benda-benda ni jugak boleh beri nilai tambah kat diri kau sendiri. Contoh jadi lebih berani, pandai berkomunikasi, ada banyak kaki dll.

Satu lagi, kalau kau rasa masa belajar ni kau busy teruk, sebenarnya kau tak busy mana pun.  Kau akan sedar benda ni masa dah kerja nanti. HAHAHAHA. (sebab aku rasa aku dulu busy teruk gak, tapi bila dah kerja eh takde benda pun busy kau zaman belajar tu) 

7. Tak payah bercinta
Ni pun aku sokong 160%.  Sebab apa? bercinta di zaman belajar ni hanya membawa kita kelembah kebinasaan dan kepapaan.  Sepanjang aku belajar kan, pasangan-pasangan yang bercinta masa belajar ni hampir 99% end up tak kahwin pun sesama diorang.  Rugi kan kalau kau bercinta bagai nak rak, habiskan masa dan ringgit malaysia (dan tambah dosa) tup tup dia nikah dengan orang lain. 

Aku tak sentuh pasal dosa sebab aku percaya semua tahu bercinta ni tak elok pun. Kau date bagai, keluar makan tengok movie, naik kereta berdua, keluar malam. Aku malas nak cakap la, tapi korang boleh fikir sendiri kan.

Nanti lepas ni aku share cerita aku pasal cari jodoh okay.



Sampai sini je point-point aku.  Babai

No comments:

Post a Comment