somaga kita saling ingat-mengingati antara satu sam lain

Sunday, March 29, 2020

Barang-barang keperluan ke Universiti/Kolej versi perempuan

Okay adik-adik sekalian, aku nak share barang apa yang kau perlu bawak untuk ke Uni nanti. Version aku ni version IPTA ya. 

Pakaian
1. Baju kurung untuk ke kelas/presentation (warna-warna yang selamat dan formal dengan corak yang minimal)
2. Blouse formal untuk p kelas
3. Slack (aku prefer cotton slack, jangan jadi noob macam aku dulu beli slack orang kerja tu, sampai kesudah aku tak pakai)
4. Tudung (warna-warna asas je dah cukup, grey, pale pink, sand, black, cream + warna kegemaran kau)
5. Kasut bertutup untuk ke kelas (aku prefer ni dari sandal sebab rasa kemas)
6. Anak tudung (3 helai minimum, jangan pakai satu serkup untuk seminggu pulak, kepam nanti.  Kalau mampu beli 5helai boleh tukar hari-hari)
7. Stokin (sama jugak kongsepnya, tukar hari-hari.  Kalau budget kau kurang, basuh la hari hari, JANGAN ULANG PAKAI STOKIN YANG TAK BASUH. busuk wey.  Aku taknak kawan dengan kau)
8. Petticot atau kain dalam.  Pakai la kain dalam bila kau pakai baju kurung/jubah/skirt ok.  Kadang kau memang rasa kain kau tak nipis pun, tapi kalau kena cahaya ,setebal-tebal kain pun biasanya akan nampak jugak bentuk kaki, peha tu. So bawak dan pakai ya adik-adik.
9. Kerogsanggggssss
Benda ni macam mimpi kau, senang sangat hilang.
10. Selipar basahan (tolonglah jangan jadikan selipar jepun atau selipar yang bawa kongsep selipar jepun tu sebagai selipar jalan)
11. T-shirt lengan panjang
12. Seluar track
13. T-shirt lengan pendek (pakai kat bilik)
14. Seluar cotton (pakai kat bilik)
15. Tudung sarung makciks ( untuk emergency macam angkat baju kat ampaian, beli air gedegang dll)

Kebersihan diri
1. Sabun/shower foam
2. Shampoo
3. Berus gigi, ubat gigi
4. Bakul untuk letak keperluan mandi di atas
5. Pencuci muka
6. Alat-alat penjagaan wajah dan badan
7. Deodoran (Please lah)
8. Pengetip kuku
9. Gunting bulu hidung (Serious ni)
10. Shaver
11. Lip balm atau lip tint (supaya kau nampak bermaya, tak perlu mekan tebal bagai ok)
12, Kapas korek telinga
13. Sabun basuh baju
14. Downy, Daia
15. Berus untuk basuh baju
17. Sikat

Lain-lain
1. Hanger
2. Bakul baju kotor
3. Baldi
4.Botol air besar untuk isi air masak
5. iron
6. heater
7. sejadah
8. telekung
9. Beg gi kelas (besar,luas dan praktikal)
10. cadar
11. Bantal
12. Selimut
13. Lampu study (ni jadi kewajiban kalau kau dapat roomate yang kene tutup lampu baru dia boleh tidur)
14. Alat tulis
15. Buku catatan
16. Makanan banyak-banyak (hahaha)

setakat tu dulu, babai

No comments:

Post a Comment