assalamualaikum =)
bagi yang baru nak masuk universiti etc tentu berdebar-debar dan excited kan. aku pun rasa macam tu dulu. plus rasa takut-takut pun ada. hihi. macam mana korang nak survive hidup dalam alam universiti yang penuh onak dan duri ni. scary gila ayat. tapi hidup ni U ni memang banyak cabarannya. korang akan jauh dari family, etc . tapi semuanya tak mustahil. boleh je berjaya. cuma kena kuat. ok? kuat.
mula-mula bersedia dari segi psikologi. korang kena tahu life di U sangat amat berbeza berbanding di sekolah. (mestilah berbeza, dulu pakai uniform sekarang dan boleh bergaya) macam pantun pulak. sistem di U lebih fleksible. bergantung kepada universiti. Gred anda pulak bukan bergantung kepada exam semata-mata. tapi marks tu dah dikutip dari awal semester ok. ada test, quiz, assignment. tu semua akan diambil kira. so do well nope do GREAT in each assignment. kalau student studio base, bersedialah dengan hari-hari tanpa tidur dan kadnag-kadang tanpa mandi dan makan sebab busy gila. sila takut ye adik-adik. haha
cari kawan-kawan yang elok perangai, budi bahasa, attitude. sebelum masuk U, doa banyak2 agar dapat roomate yang baik, sopan, tak kedekut, tak cerewet, baik hati etc. sebab ia amat memainkan peranan. macam aku ada roomate yang amat sangat best tahu. sampai tak pernah tukar roomate la. sebab sangat sekepala. eh, bukan setakat doa nak dapat yang baik je tau, koang pun kena jadi baik jugak. jangan kedekut. kalau ada makanan tu kongsi. kalau setakat benda2 kecik tu kongsilah. jangan kedekut. lepastu cerita dalam bilik korang usah la disebarkan ke tempat lain. cerita yang bsuuk2 tu simpan kemas. cerita yang wangi takpe. tak baik sebar2 benda busuk ni.
oh lupa. cara nak make first move dengan roomate nanti senang je. korang akan rapat masa minggu mesra siswa tu. percayaaaaaaaaaaaaaaalah. sebab nanti korang akan berlari sama-sama. berlari sebab kejar masa tau. bukan kat padnag. makan cepat-cepat sama sama. dll. so jangan risau ok. ringan-ringanlah mulut buat kawan masa minggu orientasi tu. lagi ramai kawan lagi best.
setakat ni dulu dari aku. kalau ada soalan, tanya je kat ruangan comment. =)
somaga kita saling ingat-mengingati antara satu sam lain
Friday, June 14, 2013
Thursday, June 6, 2013
BAGAIMANA MEMBUAT ASSIGNMENT YANG MANTAP
assalamualaikum. alhamdulillah, selepas berbulan-bulan blog ni terbiar tanpa dijaga hari ni dengan masa yang ada saya tergerak hati nak berkongsi dengan adik-adik yang baru masuk Uni/Kolej/Politech etc tentang cara-cara menghasilkan assignment yang mantopp. kalau untuk seniors mesti dah terer buat assignment dan dah tau selok belok tricks etc kan. hehe.
1. Fahami tajuk tugasan
adalah sangat-sangat penting untuk kita memahami tajuk tugasan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. jadi kalau tak faham, tanya yang lebih arif. nak penerangan yang lebih sila tanya pensyarah. jangan akut jangan risau jangan malu, pensyarah tak makan orang amlah sangat suka kalau ada pelajar yang datang bertanya. jadi adalah two ways of communication katanya.
2. merancang
lepas dah memahami apa yang soalan mahukan, anda boleh mula merancang apa isi-isi yang diperlukan. penting ye untuk rancang. takde la berterabur nanti assignment tu. cara nak rancang? macam rangka isi untuk karangan zaman sekolah dulu. basically, dalam setiap assignment akan ada
a) introduction
b) isi-isi ( kat sini boleh elaborate lebih banyak point bergantung kepada apa yang assignment nak) contoh;
- background
- advantages
-disadvantages
-impact
c) critical thinking
maksudnya selain daripada isi-isi yang kat atas yang BIASANYA kita ambik memang terus dari buku or internet,kita kena ada idea kita sendiri. contohnya, lepas dah tahu apa kesan-kesan. so, kita boleh bagi pendapat sendiri. bab ni kena banyakkan pembacaan. kalau baca pun ciput susah la nak buat.
d) conclusion
tadi dah pakai baju jangan lupa pakai 'seluar' conclusion sangat penting sama macam intro. kalau takda conclusion macam tak ada penutup. macam makan nasi tapi tangan tak basuh. nak? haha
3. cari info
bila dah merancang, then mulalah cari info. info boleh dapat kat buku2. ada pro cons pasai buku ni, pro's : senang nak cari. con's : tak up to date. tapi cara ni applicable lagi dan lebih disukai dan digemari berbanding info daripada internet yang kadang2 tak dapat dipastikan ketepatan dan kesahihannya. pasal cara cari info ni nanti dalam post lain saya terangkan/ boleh rujuk post ini.
4. menaip
takkan tak taip kan haha. lawak la aku ni. ok, info2 yang terkumpul berlambak tu korang arrange dulu. mana satu info untuk bahagian mana dalam report.
lepas tu, hang jangan copy paste info dari internet sebijik-sebijik tau. ni LARANGAN KERAS SEKERAS KERASNYA KIRANYA KALAU LEMPAR KAT KEPALA BOLEH BERDARAH. kalau dah ada info , korang ambik info tu tapi tulis dalam report guna ayat sendiri. tak pun korang tukar la sikit struktur ayat tu. bab copy paste ni sangat senang lecturer nak detect tau. kalau ayat gempak dan best bukan main tu biasanya di copy paste la. hihi. tapi tak semua la.
5. editing
bila dah siap semua, pastikan assignment tu dalam keadaan dan rupa paras yang elok. maksudnya kemas. tulisan biar sekata / sama je untuk keseluruhan assignment. untuk font guna font biasa seperti Arial dan Times New Roman. tapi i prefer Arial more sebab comel cantik kemas. Font biasanya 11 untuk Arial dan 12 untuk TNR.
korang buat sebaik mungkin supaya nampak teratur assignment ni. first impression kan penting.
6. print etc lepas tu SIAP!.
TIPS AND TRICKS
kalau nak masukkan gambar/jadual dalam report, sila pilih gambar yang cantik. menas tak kabur, tak crack. kalau tak cantik, edit sikit, touch up sikit. pastikan juga gambar tu tak terlampau besar. paling besar ialah half A4. tapi kalau gambar tu memang kena nampak besar takpela.
buat table of contents.
assignment di comb binding. jangan lupa letak cover plastik kat depan.
cover page mesti ada semua info (nama anda, nama lecturer, task, class, no pelajar)
sila pastikan nama lecturer tu betul. ejaan sebijik-sebijik biar betul.
kalau korang rasa korang sangat busy dan ada sangat banyak assignment, tolonglah jangan rasa macam tu. hihi. sebab apa yang anda rasa tu tipu belaka. hihi.
Subscribe to:
Posts (Atom)