assalamualaikum =)
saya sekarang sedang berhempas pulas menyiapkan projek akhir.belum sampai tahap thesis lagi, insyaAllah nanti di masa depan. jadi, sini saya nak kongsi cara yang saya guna untuk cari referencessssss. kajian yang baik kena ada paling kurang 50 references. ya, 50 je. jangan risau, jangan gabra..dengan teknik yang betul lebih dari 50 sumber pun boleh dapat. insyaAllah.
tajuk berkenaan kat atas tulis thesis tapi semuanya boleh di aplikasi kepada mana-mana jenis kajian pun. exp : assignment, exam etc. saya suka baca jurnal untuk rujukan belajar sebagai additional info. sangat-sangat berguna.
kepada pelajar yang baru berjinak-jinak terpaksa menyediakan research untuk melengkapkan pengajian, tapi masih tergapai-gapai dalam cara mencari rujukan / "alamak nak cari references kat mana lagi ni???" meh sini nak cerita caranya.
1. PERGI KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MASING-MASING
Semua Universiti ada melanggan jurnal-jurnal untuk kemudahan pelajar mereka memandangkan kebanyakan jurnal mempunyai harga yang perlu kita bayar sebelum muat turun. jadi, pergi sahaja ke perpustakaan di universiti anda dan minta di ajarkan cara-cara mencari jurnal. samada hardcopy atau softcopy. mereka akan dengan senang hati terangkan semua sampai faham. it is so easy.
2. Academia.edu
terdapat pellbagai jurnal percuma kat sini. sepanjang saya cari paper kat sini tiada yang memerlukan bayaran. HAPPY FACE. kalau saya saya akan guna 2 cara untuk search paper yang saya mahu. PERTAMA : jika anda anda tajuk research, cari nama general scope dia. contohnya tajuk kajian : PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN MANFAATNYA . so focus anda kepada Planning.
3. PROFESOR, AHLI AKADEMIK
cari nama-nama pensyarah di internet. nama-nama pensyarah yang berkaitan dengan tajuk thesis anda. Mana nak cari? boleh cari di laman web universiti.
contohnya tajuk kajian : PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN MANFAATNYA. jadi tajuk ni kalau di UTM bawah Department Built Environment. kalau di UiTM di bawah Department Town Planning. setiap nama department berbeza bagi setiap universiti. ask google ok.
bila dah dapat nama para prof, Dr dan lain-lain guna nama mereka untuk search di google/web perpustakaan . kemudian pilih la mana yang berkenan. kadang-kadang setiap dari mereka ada nama pena berbeza dengan nama sebenar. bukan lain, cuma tak sama. jadi, antara cara senang..baca profile mereka di laman web U, biasanya akan ada senarai journal yang mereka buat, jadi guna nama pena tu untuk search. Contoh : nama penuh = Fatimah Nurain Ahamad. nama pena = Fatimah Ahamad.
selain guna nama pena mereka, copy paste saja tajuk kajian yang berderet-deret tu..cari kat google etc. sebab biasanya mereka cuma senaraikan tajuk kajian tanpa link untuk download paper. amboi, naik lemak la kalau sesenang tu kan. ahak!
4. GUNA PELBAGAI SUMBER
ada banyak yang offers journal online. Contohnya Scopus, Science Direct dll (bergantung kepada skop kajian anda, jangan la Skop anda Law tapi cari kat Journal Medicine..memang tak jumpa la T.T) dalam setiap sumber tu, guna cara 2 dan 3. kat sini akan makan masa agak lama sebab nak cari satu-satu. jadi , prepare awal ok. kalau anda rajin lagi, cari la web lain yang offer jurnal free selain dari yang dilanggan Uni..kalau info yang sedia ada tak cukup.
5. CARI DI LIST OF REFERENCES JURNAL YANG DAH KITA BACA/BELUM BACA TAPI TAJUK TU BERKAITAN DENGAN RESEARCH KITA.
ya, cara ni paling senangnye yang amat amat. kat setiap jurnal yang kita dah download tu, baca di list of references. ha, berderet ada kan? so, copy je tajuk research kat situ/ nama penyelidik. SONANG KAN?
CONTOH APA YANG SAYA BUAT
1. buka laman web OPAC Universiti. sign in.
2. KLIK online journal.
3. cari mana koleksi online journal yang berkaitan dengan kajian saya. then KLIK
4. copy nama kajian yang dibuat oleh Dr,Profs etc yang saya dah search awal-awal. kalau takde saya guna option dua iaitu cari guna nama para Dr,Profs sekalian. guna nama pena diorang ok. kalau nak lagi, saya cuma search macam kaedah biasa kita guna di google.
5.bila dah jumpa yang bersesuaian pergi pinang download.
SIAP
kalau sesiapa ada cara lain, kongsilah. =)
kepada yang masih tergaru-garu kepala tu, tanya je ok. "malu bertanya sesat jalan"
sekian.