somaga kita saling ingat-mengingati antara satu sam lain

Friday, June 14, 2013

PERSEDIAAN MEMASUKI ALAM UNIVERSITI

assalamualaikum =)

bagi yang baru nak masuk universiti etc tentu berdebar-debar dan excited kan. aku pun rasa macam tu dulu. plus rasa takut-takut pun ada. hihi.  macam mana korang nak survive hidup dalam alam universiti yang penuh onak dan duri ni. scary gila ayat.  tapi hidup ni U ni memang banyak cabarannya.  korang akan jauh dari family, etc . tapi semuanya tak mustahil.  boleh je berjaya. cuma kena kuat. ok? kuat.

mula-mula bersedia dari segi psikologi.  korang kena tahu life di U sangat amat berbeza berbanding di sekolah. (mestilah berbeza, dulu pakai uniform sekarang dan boleh bergaya) macam pantun pulak.  sistem di U lebih fleksible.  bergantung kepada universiti. Gred anda pulak bukan bergantung kepada exam semata-mata.  tapi marks tu dah dikutip dari awal semester ok. ada test, quiz, assignment.  tu semua akan diambil kira.  so do well nope do GREAT in each assignment. kalau student studio base, bersedialah dengan hari-hari tanpa tidur dan kadnag-kadang tanpa mandi dan makan sebab busy gila. sila takut ye adik-adik. haha

cari kawan-kawan yang elok perangai, budi bahasa, attitude.  sebelum masuk U, doa banyak2 agar dapat roomate yang baik, sopan, tak kedekut, tak cerewet, baik hati etc.  sebab ia amat memainkan peranan. macam aku ada roomate yang amat sangat best tahu. sampai tak pernah tukar roomate la. sebab sangat sekepala.  eh, bukan setakat doa nak dapat yang baik je tau, koang pun kena jadi baik jugak.  jangan kedekut. kalau ada makanan tu kongsi.  kalau setakat benda2 kecik tu kongsilah. jangan kedekut.  lepastu cerita dalam bilik korang usah la disebarkan ke tempat lain.  cerita yang bsuuk2 tu simpan kemas. cerita yang wangi takpe. tak baik sebar2 benda busuk ni.

oh lupa.  cara nak make first move dengan roomate nanti senang je.  korang akan rapat masa minggu mesra siswa tu.  percayaaaaaaaaaaaaaaalah. sebab nanti korang akan berlari sama-sama. berlari sebab kejar masa tau.  bukan kat padnag.  makan cepat-cepat sama sama. dll. so jangan risau ok.  ringan-ringanlah mulut buat kawan masa minggu orientasi tu.  lagi ramai kawan lagi best.



setakat ni dulu dari aku. kalau ada soalan, tanya je kat ruangan comment. =)

Thursday, June 6, 2013

BAGAIMANA MEMBUAT ASSIGNMENT YANG MANTAP

assalamualaikum.  alhamdulillah, selepas berbulan-bulan blog ni terbiar tanpa dijaga hari ni dengan masa yang ada saya tergerak hati nak berkongsi dengan adik-adik yang baru masuk Uni/Kolej/Politech etc tentang cara-cara menghasilkan assignment yang mantopp.  kalau untuk seniors mesti dah terer buat assignment dan dah tau selok belok tricks etc kan. hehe. 


1. Fahami tajuk tugasan
 adalah sangat-sangat penting untuk kita memahami tajuk tugasan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.  jadi kalau tak faham, tanya yang lebih arif.  nak penerangan yang lebih sila tanya pensyarah. jangan akut jangan risau jangan malu, pensyarah tak makan orang amlah sangat suka kalau ada pelajar yang datang bertanya.  jadi adalah two ways of communication katanya.

2. merancang
lepas dah memahami apa yang soalan mahukan, anda boleh mula merancang apa isi-isi yang diperlukan.  penting ye untuk rancang.  takde la berterabur nanti assignment tu.  cara nak rancang?  macam rangka isi untuk karangan zaman sekolah dulu.  basically, dalam setiap assignment akan ada

a) introduction


b) isi-isi ( kat sini boleh elaborate lebih banyak point bergantung kepada apa yang assignment nak) contoh;
    - background
    -  advantages
    -disadvantages
     -impact

c) critical thinking
 maksudnya selain daripada isi-isi yang kat atas yang BIASANYA kita ambik memang terus dari buku or internet,kita kena ada idea kita sendiri.  contohnya, lepas dah tahu apa kesan-kesan. so, kita boleh bagi pendapat sendiri.  bab ni kena banyakkan pembacaan. kalau baca pun ciput susah la nak buat.

d) conclusion
   tadi dah pakai baju jangan lupa pakai 'seluar' conclusion sangat penting sama macam intro.  kalau takda conclusion macam tak ada penutup. macam makan nasi tapi tangan tak basuh. nak? haha


3.  cari info
bila dah merancang, then mulalah cari info.  info boleh dapat kat buku2.  ada pro cons pasai buku ni, pro's : senang nak cari. con's : tak up to date. tapi cara ni applicable lagi dan lebih disukai dan digemari berbanding info daripada internet yang kadang2 tak dapat dipastikan ketepatan dan kesahihannya.  pasal cara cari info ni nanti dalam post lain saya terangkan/ boleh rujuk post ini.

4. menaip
takkan tak taip kan haha. lawak la aku ni.  ok, info2 yang terkumpul berlambak tu korang arrange dulu.  mana satu info untuk bahagian mana dalam report.

lepas tu, hang jangan copy paste info dari internet sebijik-sebijik tau. ni LARANGAN KERAS SEKERAS KERASNYA KIRANYA KALAU LEMPAR KAT KEPALA BOLEH BERDARAH. kalau dah ada info , korang ambik info tu tapi tulis dalam report guna ayat sendiri. tak pun korang tukar la sikit struktur ayat tu. bab copy paste ni sangat senang lecturer nak detect tau.  kalau ayat gempak dan best bukan main tu biasanya di copy paste la. hihi. tapi tak semua la.


5. editing
bila dah siap semua, pastikan assignment tu dalam keadaan dan rupa paras yang elok. maksudnya kemas.  tulisan biar sekata / sama je untuk keseluruhan assignment.  untuk font guna font biasa seperti Arial dan Times New Roman. tapi i prefer Arial more sebab comel cantik kemas.  Font biasanya 11 untuk Arial dan 12 untuk TNR.

korang buat sebaik mungkin supaya nampak teratur assignment ni.  first impression kan penting.

6. print etc lepas tu SIAP!.




 TIPS AND TRICKS

                                                         

kalau nak masukkan gambar/jadual dalam report, sila pilih gambar yang cantik. menas tak kabur, tak crack.  kalau tak cantik, edit sikit, touch up sikit.  pastikan juga gambar tu tak terlampau besar.  paling besar ialah half A4. tapi kalau gambar tu memang kena nampak besar takpela.

buat table of contents.

assignment di comb binding. jangan lupa letak cover plastik kat depan.

cover page mesti ada semua info (nama anda, nama lecturer, task, class, no pelajar)

sila pastikan nama lecturer tu betul. ejaan sebijik-sebijik biar betul. 

                    

kalau korang rasa korang sangat busy dan ada sangat banyak assignment, tolonglah jangan rasa macam tu. hihi.  sebab apa yang anda rasa tu tipu belaka.  hihi.


  

Thursday, February 28, 2013

BAGAIMANA MENCARI SUMBER RUJUKAN UNTUK THESIS?

assalamualaikum =)


saya sekarang sedang berhempas pulas menyiapkan projek akhir.belum sampai tahap thesis lagi, insyaAllah nanti di masa depan.  jadi, sini saya nak kongsi cara yang saya guna untuk cari referencessssss.  kajian yang baik kena ada paling kurang 50 references. ya, 50 je. jangan risau, jangan gabra..dengan teknik yang betul lebih dari 50 sumber pun boleh dapat. insyaAllah.

tajuk berkenaan kat atas tulis thesis tapi semuanya boleh di aplikasi kepada mana-mana jenis kajian pun.  exp : assignment, exam etc.  saya suka baca jurnal untuk rujukan belajar sebagai additional info. sangat-sangat berguna.

kepada pelajar yang baru berjinak-jinak terpaksa menyediakan research untuk melengkapkan pengajian, tapi masih tergapai-gapai dalam cara mencari rujukan / "alamak nak cari references kat mana lagi ni???" meh sini nak cerita caranya. 



1. PERGI KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MASING-MASING

Semua Universiti ada melanggan jurnal-jurnal untuk kemudahan pelajar mereka memandangkan kebanyakan jurnal mempunyai harga yang perlu kita bayar sebelum muat turun. jadi, pergi sahaja ke perpustakaan di universiti anda dan minta di ajarkan cara-cara mencari jurnal.  samada hardcopy atau softcopy.  mereka akan dengan senang hati terangkan semua sampai faham.  it is so easy.

2. Academia.edu

terdapat pellbagai jurnal percuma kat sini. sepanjang saya cari paper kat sini tiada yang memerlukan bayaran. HAPPY FACE. kalau saya saya akan guna 2 cara untuk search paper yang saya mahu.  PERTAMA : jika anda anda tajuk research, cari nama general scope dia. contohnya tajuk kajian : PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN MANFAATNYA . so focus anda kepada Planning.  

3. PROFESOR, AHLI AKADEMIK

cari nama-nama pensyarah di internet. nama-nama pensyarah yang berkaitan dengan tajuk thesis anda.  Mana nak cari? boleh cari di laman web universiti.

 contohnya tajuk kajian : PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN MANFAATNYA. jadi tajuk ni kalau di UTM bawah Department Built Environment.  kalau di UiTM di bawah Department Town Planning.  setiap nama department berbeza bagi setiap universiti.  ask google ok.

bila dah dapat nama para prof, Dr dan lain-lain guna nama mereka untuk search di google/web perpustakaan .  kemudian pilih la mana yang berkenan. kadang-kadang setiap dari mereka ada nama pena berbeza dengan nama sebenar.  bukan lain, cuma tak sama.  jadi, antara cara senang..baca profile mereka di laman web U, biasanya akan ada senarai journal yang mereka buat, jadi guna nama pena tu untuk search. Contoh : nama penuh = Fatimah Nurain Ahamad.  nama pena = Fatimah Ahamad.  

selain guna nama pena mereka, copy paste saja tajuk kajian yang berderet-deret tu..cari kat google etc.  sebab biasanya mereka cuma senaraikan tajuk kajian tanpa link untuk download paper. amboi, naik lemak la kalau sesenang tu kan. ahak!

4. GUNA PELBAGAI SUMBER

ada banyak yang offers journal online. Contohnya Scopus, Science Direct dll (bergantung kepada skop kajian anda, jangan la Skop anda Law tapi cari kat Journal Medicine..memang tak jumpa la T.T)  dalam setiap sumber tu, guna cara 2 dan 3.  kat sini akan makan masa agak lama sebab nak cari satu-satu. jadi , prepare awal ok.  kalau anda rajin lagi, cari la web lain yang offer jurnal free selain dari yang dilanggan Uni..kalau info yang sedia ada tak cukup.

5. CARI DI LIST OF REFERENCES JURNAL YANG DAH KITA BACA/BELUM BACA TAPI TAJUK TU BERKAITAN DENGAN RESEARCH KITA.

ya, cara ni paling senangnye yang amat amat.  kat setiap jurnal yang kita dah download tu, baca di list of references. ha, berderet ada kan? so, copy je tajuk research kat situ/ nama penyelidik. SONANG KAN?






CONTOH APA YANG SAYA BUAT

1. buka laman web OPAC Universiti. sign in.

2. KLIK online journal.

3. cari mana koleksi online journal yang berkaitan dengan kajian saya. then KLIK

4. copy nama kajian yang dibuat oleh Dr,Profs etc yang saya dah search awal-awal. kalau takde saya guna option dua iaitu cari guna nama para Dr,Profs sekalian. guna nama pena diorang ok. kalau nak lagi, saya cuma search macam kaedah biasa kita guna di google.

5.bila dah jumpa yang bersesuaian pergi pinang download.

SIAP



kalau sesiapa ada cara lain, kongsilah. =)
kepada yang masih tergaru-garu kepala tu, tanya je ok. "malu bertanya sesat jalan"

sekian.

Monday, February 25, 2013

Ustazah Norhafizah Musa - Dirimu Memang Cantik (muslimat)

bersyukur dan fikir positive

Assalamualaikum peps..

saya sekarang dah di Final Sem!! Excited + Happy + Afraid + confused.  Excited sebab dah bertahun dah gembeleng tenaga di UiTM kesayangan ni, hempas pulas belajar dan tak eprcaya i will be end soon.  tapi, tapi bukan the end untuk menuntut ilmu tau, tapi the end for..Uni's life, student life maybe. Happy sebab i will be back to my hometown to my beloved family.  sejak sambung belajar, jarang sangat dapat balik.  saya balik bila cuti sem or mid sem sahaja.  maybe sebab jauh, tak larat nak travel dan hal kewangan juga.  afraid sebab habis belajar maksudnya dah tak boleh foya-foya tak tentu hala, nanti akan ada komitmen yang besar. I WILL BECOME WORKING LADY. jyeah. sounds great at first. Confused sebab tak pasti nak sambung master or not. haish.  aku doa Allah beri yang terbaik untuk aku. kalau bekerja tu lebih baik dan sesuai dengan aku, aku kerja vv. =) bersyukur dengan segalanya. =)

oh, pasal bersyukur kan..saya nak kongsi serba serbi cerita saya sepanjang belajar ni...

selepas dapat result SPM, saya apply Architecture for UPU. sebab saya memang sangat amat minat dan sayang pada Archis.  i love to see houses, buildings. i love to draws.  love to see everything berkenaan design. then, saya dapat ambung belajar dalam bidang lain.  tawaran bidang lain. QS..  sealiran tapi tak sama.  masih dalam construction work tapi jauh menyimpang dari design etc etc.  masa tu, aku pergi je sambung.  then, di UiTM  ni aku satu Faculty dengan Archis and hanya Allah yang tahu betapa sedih bila tengok sstudent archis.  i always imagine me my self one of them.  kesedihan tu agak lama jugak.  memang aku takdelah menangis ke hapa, cume bila tengok diorang, lalu kat studio diorang, tengok model, tengok diorang masa cric session, everytime i saw them i feel sad inside.  mungkin sebab suka dan sayang sangat agaknya. hehe.

but then, i'm realize, Allah dah aturkan semua ni untuk aku. kenapa aku nak bersedih, kenapa aku nak kecewa?  mungkin Dia dah tetapkan, Qs itu lebih sesuai untuk aku yang tangan kayu ni. aku yakin dengan apa yang ditetapkan olehnya, dan sekarang aku dah final sem yeahh .  tapi kasih sayang terhadap Arts, Design, Colours, etc etc tetap tidak pudar. cewaah. ya, it is my first ambition bila masuk sekolah menengah which is the era of "nak jadi doctor dah berakhir". =D  minat dan kasih sayang ini akan digunakan juga..

saya juga sedih dulu bila terpaksa berpisah dengan kawan-kawan masa sambung degree sebab we got saperate locations.  U sama cuma lain tempat.  at first saya rasa "ok je kot, ramai jugak yang dapat kat sini. ok je. it will be ok. yes. ok". saya cuba jadi positive person.  tapi tipulah kalau cakap tak pernah sedih, frust, bila jauh dari kawan-kawan.  rasa macam dah tak cukup kasih sayang. rasa macam lonely.  sebab memang 90% kawan-kawan dapat sana.  

tapi sekarang aku bersyukur ditempatkan kat sini.  i suit me better.  aku tak pernah merasa ke main branch.  tapi, kat sini macam-macam aku dapat.  aku belajar jadi yang lebih baik. aku baiki dinding dan tiang agama agar jadi lebih kukuh..aku berjaya selamatkan diri dari tempat2 lagha..aku berjumpa kawan-kawan baru..dan banyak lagi ilmu dan manfaat sepanjang aku di sini.

Alhamdulillah atas segala kurniaan dan limpah rahmatnya.