solat dhuha ni solat sunat yang dituntut. jadi disamping kita solat 5 waktu sehari semalam, mari sama-sama tambah lagi amalan dengan beramal dengan solat sunat dhuha pula.
SOLAT SUNAT DHUHA NI APA?
solat sunat dhuha ialah solat sunat yang dituntut. sesungguhnya Abu Hurairah berkata RasulAllah pernah berpesan yang bermaksud ;
"telah berpesan temanku (RasulAllah) tiga macam pesanan. Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur." (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani.)
BILA?
antara pukul 7 pagi -11 tengah hari pagi ( terbit matahari hingga matahari di tengah-tengah langit) ada pelbagai pendapat, saya ambil waktu tamat yang paling awal. Wallahualam.
BERAPA RAKAAT?
2 hingga 8 rakaat. ada kitab yang kata sehingga 12 rakaat.
NAK BACA SURAH APA?
boleh baca apa-apa je surah lepas Al-Fatihah. cuma lebih baik kalau dapat baca ;
RAKAAT PERTAMA :
Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun
RAKAAT KEDUA :
Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
NIAT SOLAT SUNAT DHUHA :
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA :
dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan dijauhkan daripada kefakiran.
BACAAN SEMASA SUJUD AKHIR. DIBACA 3X
BACAAN DOA SELEPAS SOLAT DHUHA
yang bermaksud :
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
jika kita faham maksud doa di atas, kita dapat tau kelebihan solat sunat ini. jadi marilah kita ambil peluang. masa break minum pagi tu solat dhuha , atau masa senggang antara kuliah boleh solat dhuha. bagi pelajar, waktu rehat boleh la diluangkan untuk solat dhuha.=)