if it as easy as FORGIVE AND FORGOT
our life will become easier
i want to FORGIVE AND FORGOT
please
somaga kita saling ingat-mengingati antara satu sam lain
Tuesday, October 9, 2012
Sunday, July 8, 2012
sayangi sahabat
SAYANGILAH SESEORANG ITU JIKA ANDA MAHU DISAYANGI
I LOVE ALL MY FRIENDS. LOVE THEM AND THEY LOVE ME BACK.
KASIH SAYANG TIDAK AKAN BERKURANG JIKA DIBERI. MALAH IA AKAN SEMAKIN BERTAMBAH.
SPREAD THE LOVE
TERJEMAHAN AL QURAN
TERJEMAHAN AL QURAN DALAM BAHASA MELAYU
selamat membca dan beramal. moga kita sama-sama mendapat kebaikan darinya.
cliche but true
cliche but so true :
bila kita menunjukkan satu jari ,telunjuk (mengata) seseorang itu, 4 jari kita yang lain menghala balik kepada diri kita sendiri.
think before u speaks.
silent is the best rather than talking craps.
Saturday, July 7, 2012
renewable energy
what is renewable energy?!!
RE ialah tenaga yang boleh diperbaharui / yang takkan habis dan terhasil daripada sumber alam semulajadi tanpa guna bahan api. tenaga electric yang kita dapat sekarang adalah bersumber daripada pembakaran bahan api. so,its not renewable.
sumber-sumbernya :
iaitu cahaya matahari, air, angin dan ombak. cara tenaga dihasilkan agak berbeza bergantung kepada sumber kuasa tadi. kalau ombak,air dan angin lebih kurang sama sebab mereka akan menukar kinetic energy kepada tenaga elektrik dengan menggunakan turbine. apa tu turbine? nanti saya jelaskan ye.
1.tenaga solar
tenaga solar terhasil daripada cahaya matahari. kita kat Malaysia ni boleh dikatakan tak putus-putus dapat cahaya matahari setiap hari kan. so, cara ni sangat sesuai untuk di aplikasi di Malaysia. biasanya solar energy digunakan di rumah-rumah untuk panaskan air dsb.
cara berfungsi untuk panaskan air
a) penangkap haba
pemerangkap haba ni akan di pasang di bumbung-bumbung. ia akan memerangkap haba dari matahari sepanjang siang. biasanya warna hitam dan dilapisi kaca. kenapa warna hitam dan kaca? sebab warna hitam dan kaca ialah pemerangkap haba yang baik. jadi, nanti dapat kumpul haba panas dari matahari dengan cepat dan banyak.
b)pemerangkap haba tadi akan panaskan sejenis cecair yang akan mengalir melalui paip ke kawasan simpanan air dalapm rumah (tangki). cecair tadi akan memanaskan air dalam tangki.
cara berfungsi untuk sejukkan air
(ya, haba solar juga mampu sejukkan air. bukan setakat panaskan aje)
haba daripada matahari tadi akan digunakan untuk "menarik" kelembapan dari udara. bila udara menjadi semakin kering ia akan menjadi lebih sejuk. tapi janganlah expect sejuk macam aircond ye. =)
cara berfungsi untuk jana elektrik
dengan menggunakan pemeraangkap haba, ia boleh memerangkap kira-kira 3000 degree celcius kepanasan. bawah pemerangkap haba tu / dalam akan ada liquid dalam paip yang akan dapat segala haba yang dah diperangkap tadi. cecair tu akan mengalir ke PENGUMPUL UTAMA. di PENGUMPUL UTAMA cecair itu akan melepaskan wap yang akan menggerakkan TURBIN. di TURBIN inilah akan terhasil tenaga kinetic daripada gerakkannya (laju) seterusnya bertukar kepada tenaga ELEKTRIK.
lagi banyak PENGUMPUL HABA kita pasang, lagi banyak TENAGA ELEKTRIK kita dapat sebab lagi banyak HABA PANAS.
kak, matahari takde waktu malam, so malam-malam tak ada tenaga elektrik la?
tenaga yang di ajan waktu siang akan disimpan untuk penggunaan waktu malam/waktu yang tak ada matahari. =)
contoh penggunaan tenaga matahari sebagai sumber kepada penjanaan tenaga elektrik ialah di India. tenaga solar telah menajdi sumber elektrik bagi penduduk miskin di India sebab nak pasang tenaga elektrik biasa tu mahal dan mereka tak mampu. ada satu syarikat perkenalkan kaedah solar energy kepada mereka, dan sistem tu mampu janakan kuasa untuk 2 soket.
2. tenaga hydroelektrik
hydro=air. so, tanaga hydro ialah yang dijanakan daripada gerakan air.
tanaga hydro (TH) dihasilkan melaui air yang dilepaskan daripada empangan. air yang terkumpul dalam empangan terutama di bahagaian dasar mempunyai tekanan yang tinggi. jadi ia sangat sesuai untuk menjanakan TENAGA KINETIK yang berupaya menghasilkan TENAGA ELEKTRIK. contoh empangan di Malaysia ialah empangan Bakun, Empangan di Tasik Kenyir dll.
cara berfungsi
air dalam empangan akan dilepaskan melalui laluan yang disediakan (dalam english panggil penstock). air ini mengalir dengan deras dan akan melepasi TURBINE. TURBINE akan berputar dengan laju dan menghasilkan TENAGA KINETIC. TENAGA KINETIC yang dihasilkan akan menjana TENAGA ELEKTRIK. air yang dilepaskana akan melalui TAPISAN terlebih dahulu bagi mengelak bendasing daripada memasuki kawasan penjanaan. kalau ada ikan, ia akan bergerak melepasi turbine dengan selamat kerana turbine bergerak dengan sangat laju. air yang dah melepasi TURBINE akan dilepaskan ke sungai semula. TENAGA ELEKTRIK yang terhasil akan melalui TRANSFORMER di SWITCH ROOM. lepas tu, TENAGA ELEKTRIK tadi akan dialirkan untuk digunakan seluruh rakyat jelata.
adakah anda tahu?
bila waktu malam , biasanya penggunaan tenaga elektrik akan berkurang berbanding waktu siang. waktu ni akan digunakan untuk pump kan air yang kita dah lepaskan ke sungai tadi untuk masuk ke dalam empangan balik. sebab nak tingkatkan paras takungan air dalam empangan. semakin tinggi paras air/dalam semakin kuat tenaga kinetik yang akan dihasilakan so semakin banyak TENAGA ELEKTRIK.
3. TENAGA OMBAK
kaedah dia lebih kurang macam hydroelektrik tadi sebab sumber dia sama = AIR dan TEKANAN.
OMBAK akan menghasilkan satu daya tujahan yang kuat. OMBAK akan menggerakkan TURBINE dan lantas menghasilakn TENAGA ELEKTRIK. (konsepnya sama macam TH) cuma ada 2 cara untuk gerakkan turbine.
kaedah pertama : gunakan daya angin daripada kesan ombak
kaedah dua : daripada daya ombak itu sendiri.
cuma, kaedah ombak di jarang digunakan sebab daya yang dihasilkan ombak tak sekata dan tak selalu ada dan tak dapat dihasilkan manusia. jadi ia tak mampun untuk hasilkan tenaga elektrik yang banyak.
VIDEO 2( gunakan daya air dari ombak)
akan ada satu jambatan yang
4.TENAGA ANGIN
konsep nya juga sama seperti TH dan TO. cuma sumbernya adalah angin. angin akan menggerakkan kipas/blade yang dibina di kawasan yang luas. kipas yang berpusing akan menggerakkan TURBINE lantas menjadi TENAGA ELEKTRIK.
TENAGA ANGIN pun jarang digunakan sebab angin tak selalu kuat.
lepas dah faham macam mana tenaga elektrik dihasilkan melaui SUMBER SEMULAJADI barulah kita ke WATAK KOMPENEN UTAMA dalam penghasilan ELEKTRIK iaitu..TURBINE!!
gambar di atas ni lah TURBINE yang diperkatakan. ehem.
TURBIN berfungsi menukarkan tenaga KINETIK kepada TENAGA MECHANICAL. TENAGA MEKANIKAL akan bertukar menjadi TENAGA ELEKTRIK dengan penggunaan GENERATOR.
KELEBIHAN RENEWABLE ENERGY
1. tidak mencemarkan alam sekitar. dari sudut penghasilan tenaga elektrik sebab ia gunakan kuasa semulajadi.
2. tidak akan habis (insyaAllah)
3. menyediakan peluang pekerjaan. untuk membina empangan dan tempat penghasilan tenaga ni memerlukan tenaga kerja yang ramai. so peluang pekerjaan pun banyak.
4. tidak bergantung dengan keadaan ekonomi/negara luar. kalau tenaga elektrik biasa akan menggunakan bahan api. bahan api ni biasnaya kita import dari negara asing. jadi, kalau keadaan ekonomi jatuh harganya akan meningkat dan menjejaskan kos penghasilan tenaga. sebaliknya kalau kita guna RE , kita tak bergantung kepada negara lain.
5. kurang penyelenggaraan berbanding penghasilan elektrik menggunakan bahan api.
6. waste yang sedikit atau takde langsung waste.
KEKURANGAN RE
1. susah nak hasilkan elektrik dalam kuantiti yang banyak
2. terlalu bergantung kepada sumber. kalau sumber kurang tenaga pun kurang. sebagai contoh kalau tenaga OMBAK slow, jadi ia tak mampu janakan tenaga elektrik yang banyak.
3. memerlukan kos yang tinggi untuk membina empangan dll.
4. mengganggu ekosistem (Hydroelektric). untuk bina empangan kita akan memerlukan satu kawasan yang luas. biasanya kita akan bina dinding antara bukit. air akan memenuhi empangan yang pada asalnya adalah hutan/habitat haiwan.
5. pelepasan gas methade (hydroelektrik) oleh kerana pokok-pokok dah ditenggelami air ia akan melepaskan satu gas (methane). gas terhasil daripada pereputan kayu dalam air.
SILA TENGOK VIDEO UNTUK LEBIH PEMAHAMAN DAN LEBIH SENANG NAK INGAT~
SEKIAN. kalau ada salah silap jangan malu jangan segan tolong tegur jadi saya boleh betulkan. supaya takde la saya bagi info salah. saya juga masih belajar dan akan terus belajar. InsyaAllah. yang baik itu datang dari Allah dan segala kekurangan dari saya sendiri. =)
Sunday, June 24, 2012
Siapa Dr Morsi dan Ikhwan di mesir?
saya tak tahu sangat pasal Dr.Morsi dan Ikhwan yang kat mesir tu. poor me. T_T. padahal sebagai orang Islam i should know about this. one of the greatest news ever been. read the story here so in the end u will be happy like i'm now . ISLAM BANGKIT! =) :
Mengapa Anda Perlu Sokong Dr. Morsi
[Kredit] |
Rata-rata daripada anda yang bersama-sama dengan gerakan berbentuk haraki, saya pasti anda semua mengikuti perkembangan politik Mesir dengan penuh setia lagi hidung kembang-kempis sekali. Tidak kiralah anda dari geng-geng tarbiyah, geng-geng masyarakat, IKRAM, ISMA, PAS dan lain-lain lagi, status-status anda di MukaBuku dan kicauan-kicauan di Pengicau, jelas menunjukkan anda yang cakna dengan isu ummah semasa menyokong penuh Dr. Morsi sebagai Presiden pertama untuk Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak.
Ini
adalah satu perkembangan yang cukup menarik lagi menyegarkan. Ternyata,
Dr. Morsi (dan perjuangan politik Ikhwanul Muslimin) mampu
menyatupadukan ummah dan fikrah! Walawehhhh!
Tetapi
untuk anda yang tidak begitu terdedah dengan gerakan-gerakan haraki,
atau tidak pula endah dengan isu ummah semasa, mungkin kurang faham
mengapa mahu sibuk-sibuk dan bising-bising dengan pilihanraya sebuah
negara nun berpuluh ribu batu jauhnya dari Malaysia tanah tumpah
darahku. Moto anda: Heyyy ada aku kesahhhh..?? Erk.
Dalam satu jalan (Baca: In a way),
saya boleh faham pendirian dan situasi anda. Yalah, mengapa mahu cakna
dengan pilihanraya sebuah negara yang mana, apa-apa pon keputusannya
tidak akan mempengaruhi atau mengganggugugat kehidupan anda sehari-hari
bukan? Apatah lagi ia tidak memberi apa-apa faedah baik dari segi emosi
dan material, juga tidak meningkatkan keimanan anda; jadi mengapa mahu
sibuk-sibuk bukan..?
Uh oh.
Begini.
Hujahnya hampir sama dengan mengapa kita perlu cakna dan peduli dengan
isu Palestin, Syria, Myanmar dan isu-isu yang seangkatan dengannya.
Pilihanraya Mesir adalah isu ummah, isu kita. Apa-apa sahaja keputusan
yang bakal keluar nanti, tidak boleh tidak, ia pasti akan mengesani dan
memberi impak kepada kita, sama ada secara langsung atau tidak.
Bagaimana? Akan saya terangkan nanti.
Terbaru,
Ikhwanul Muslimin telah pon mengumumkan bahawa mereka telah memenangi
pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Dengan kata lain, Presiden
Mesir sudah pon dipilih dan insan yang bakal membahu amanah dan
tanggungjawab yang maha berat itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dr.
Morsi, yang merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan dan Keadilan (Hizb
Al-Huriyyah wal 'Adalah) yang berpayungkan Ikhwanul Muslimin, sebuah
organisasi (jemaah lebih kool bunyinya) yag diakui sendiri oleh Amerika
Syarikat sebagai sebuah organisasi yang cukup berpengalaman dan sangat
tersusun di Mesir.
Dr.
Morsi berjaya meraih lebih lima puluh dua perpuluhan lima peratus undi
(Baca: 52.5% Eheh), yakni kurang lebih tiga belas juta undi percaya
rakyat Mesir, untuk mengangkatnya menjadi Presiden Mesir yang baharu.
Walaupon keputusan rasmi pilihanraya tersebut tidak akan diumumkan
sehingga dua puluh satu haribulan nanti, petugas-petugas pilihanraya
Ikhwan telah pon mengesahkan kemenangan ini melalui kiraan undi mereka.
Menariknya,
bagaimana Ikhwan dengan pantas dan begitu yakin sekali telah
mengumumkan kemenangan bersejarah ini, meskipon keputusan rasmi belum
lagi diumumkan. Hal ini dilihat sebagai suatu tindakan yang cukup bijak
dan licik oleh pemerhati politik Mesir, kerana ia memberikan isyarat dan
amaran pada masa yang sama, kepada pihak tentera tinggalan rejim
Mubarak supaya tidak melakukan apa-apa tindakan keji untuk menipu
keputusan pilihanraya tersebut.
Sekiranya
benar Dr. Morsi bakal menduduki pejabat Presiden Mesir setelah
kejatuhan Mubarak, hal ini merupakan suatu titik yang cukup bersejarah
dan manis dalam lipatan sejarah Mesir secara amnya, dan Ikhwanul
Muslimin secara khususnya. Anda yang mengikuti perkembangan dan sejarah
perjuangan Ikhwan, pastinya amat faham dan jelas mengapa kemenangan
dalam pilihanraya Presiden ini cukup bermakna dan signifikan buat
mereka.
Setelah berpuluhan tahun diseksa dan ramai pula di kalangan mereka yang menjadi penghuni tegar penjara-penjara di Mesir, ditidakkan hak mereka untuk menubuhkan parti politik dan pelbagai lagi bentuk penindasan dan penghinaan yang dikenakan ke atas mereka, Ikhwan bangkit pasca Revolusi Mesir dengan kekuatan yang luar biasa dan penuh bergaya sekali. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka, Ikhwan berjaya melakar sejarah yang penuh gilang-gemilang apabila mula memasuki fasa baru, yakni fasa dauli (fasa kerajaan sendiri) yang selama ini hanya mampu dicanang-canangkan pada ceramah-ceramah dan risalah-risalah mereka sahaja.
Lantas hal ini menutup mulut mereka yang selama ini skpetikal dan prejudis dengan kemampuan Ikhwan untuk menegakkan kerajaan Islam, dengan konsep maratibul amal mereka yang kononnya lembap dan tidak efisien itu (Baca: Kalau macam ni, sampai bila Islam tak akan menang; asyik nak berbulatan gembira sahaja!). Nah, Ikhwan di Mesir telah pon membuktikan dengan amal dan berkat kesabaran mereka, dengan melalui jalan-jalan yang telah pon dirintis oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu, dengan menaiki satu-persatu anak tangga amal dengan tidak terkocoh-kacah dan tergopoh-gopoh, dengan memenuhi hak setiap fasa dan mihwar dengan penuh adil dan saksama, kemenangan itu pasti akan menjadi milik kita juga suatu hari nanti!
Juga yang menarik tentang pilihanraya kali ini adalah bagaimana Dr. Morsi boleh sampai sehingga ke tahap ini. Dia yang pada mulanya merupakan calon tidak popular setelah menggantikan Khairat Shatir yang dibatalkan kelayakannya untuk bertanding, malah digelar pula sebagai tayar spare sahaja, telah berjaya mendiamkan para pengkritiknya. Ia juga menunjukkan kematangan para pengundi Mesir kerana siapa yang bertanding bukanlah persoalan utama; yang lebih perlu diberi perhatian adalah perjuangan yang dibawa oleh calon yang bertanding, juga siapakah di belakang calon tersebut yang akan menyokong dan membantunya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Presiden nanti. Yang pasti, Dr. Morsi sebagai Presiden adalah sesuautu yang cukup kool sekali kerana Mesir bakal menyaksikan seorang hafiz mengepalai negara mereka! Ini.. Ini.. Ini sumpah osemnesss melampau-lampau...!
Dan yang lebih utama, hal ini menjadi bukti pengukuh keyakinan kita semua bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai. Dan pastilah kemenangan itu akan menjadi milik mereka yang sudah benar-benar bersedia. Senyum.
Kemenangan Ikhwan di Mesir adalah jauh lebih bermakna daripada kemenangan parti an-Nahda' di Tunisia yang juga merupakan cawangan Ikhwan di sana atau Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, yang juga menjadikan perjuangan Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan utama mereka. Pertamanya kerana Mesir adalah tempat lahirnya as-Syahid Hassan al-Banna, pengasas kepada Ikhwanul Muslimin, seorang mujadid yang bertanggungjawab menyebarluaskan dakwah dan tarbiyah ke seluruh dunia. Dan keduanya, faktor sosio-politik dan geo-ekonomi Mesir yang cukup strategik dalam mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Islam sebagai ad-deen di persada antarabangsa.
Lantas hal ini bakal menjawab persoalan anda sebelum anda sempat bertanya: "Jadi Inche gabbana, mengapa kami perlu ambil kisah dan peduli dengan pilihanraya Mesir? Apa kena-mengena Pak Cik Morsi tu dengan kehidupan dan kesejahteraan hidup kami sehari-hari..??" Ahah.
Mudah.
Sekiranya Ikhwan benar-benar akan memerintah Mesir kelak, ia akan membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban dunia, pasca kejatuhan khilafah pada tahun 1924. Perlu diingatkan bahawa tujuan asal penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh as-Syahid Hassan al-Banna adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengembalikan sistem khilafah di muka bumi ini. Lantas kemenangan Ikhwan di Mesir bakal merintis usaha-usaha yang lebih serius dan berfokus ke aras menegakkan semula khilafah di galaksi bimasakti ini. Bayangkan Mesir yang diperintah oleh Ikhwan, berpadu tenaga pula dengan Parti an-Nahda' di Tunisia dan disokong pula oleh Erdogan di Turki... Walawehh! Hasilnya pasti cukup meriangkan!
Keduanya, Mesir adalah kunci kepada pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah. Selama Mesir diperintah oleh rejim Mubarak, Mesir telah dijadikan boneka oleh Amerika Syarikat dan Israel Haram untuk terus menjadikan Palestin sebagai sebuah negara tebusan. Pintu-pintu masuk ke Palestin melalui Mesir semuanya ditutup, menjadikan bantuan kemanusiaan ke sana ibaratnya seperti menanti dengan penuh sabar umat Islam nak boikot Coca-Cola dan McDonalds. Eh. Arakian kalau kita benar-benar serius dan komited dalam usaha-usaha untuk membebaskan Palestin, maka tidak boleh tidak, kita mesti menyokong calon Ikhwan, Dr. Morsi dalam pilihanraya kali ini.
Dan ketiganya, kita tiada alasan untuk tidak menyatakan sokongan kita kepada Dr. Morsi dan Ikhwan kerana perjuangan yang mereka bawakan adalah perjuangan suci untuk menegakkan kembali Islam di muka bumi Allah ini. Sejarah hampir seratus tahun penubuhan Ikhwan telah membuktikan bahawasanya mereka tidak punya apa-apa kepentingan peribadi melainkan semata-mata mahu melihat semula Islam memerintah dunia yang fana ini. Maka menjadi tanggungjawab semulajadi kita untuk menyokong perjuangan Ikhwan, saudara-saudara seIslam kita di Mesir sana.
Saya amat optimis dan positif, gelombang perubahan yang besar bakal melanda Timur-Tengah sekiranya Ikhwan benar-benar dapat memerintah Mesir. Dan pastinya, gelombang ini pasti akan tiba jua di persisiran pantai negara kita dan sekitarnya. Mungkinkah ini tanda-tanda awal kepada kebangkitan semula sistem khilafah yang menuruti manhaj kenabian seperti yang disebut dalam suatu hadith ar-Rasul SAW? Allahu a'lam.
Yang pasti, perjuangan menegakkan Islam sebagai tuan dan rujukan kepada seluruh alam adalah suatu perjuangan yang masih panjang. Hatta Ikhwan sudah sah bakal membentuk kerajaan di Mesir sekalipon, ia sebenarnya merupakan suatu permulaan kepada sebuah fasa yang lebih mencabar dan menggarukan kepala. Jangan lupa, umat Islam buat pertama kalinya terpaksa berhadapan dengan orang kafir dalam peperangan Badar al-Kubra sementelah mereka mendapatkan Madinah dan menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang pertama.
Ia bakal menjadi pentas buat Ikhwanul Muslimin untuk membuktikan cakap-cakap dan tulisan-tulisan mereka selama ini. Ia merupakan peluang keemasan buat mereka untuk merealisasikan ideologi dan perjuangan mereka, membuktikan bahawa mereka bukan hanya tahu memalu gong dan menjadi tin kosong. Ia bakal menjadi penentu sama ada Ikhwan benar-benar ikhlas dan komited dengan perjuangan mereka selama ini! Dan pastinya, untuk melakukan semua ini, ujian, fitnah dan tribulasi tahap raksasa gorgon akan datang menyerang bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan!
Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dan bersiap-siaga untuk bersama-sama dengan Ikhwan apabila Allah menurunkan ujian dan mehnah besar nanti, sekiranya benar Mesir bakal diperintah oleh mereka..? Gulp.
Masih ada dua hari sebelum keputusan rasmi pilihanraya Presiden akan diumumkan. Dan sehingga itu, apa-apa sahaja boleh terjadi. Apa-apa sahaja. Tindak-tanduk pihak tentera kebelakangan ini jelas menunjukkan yang mereka masih mahu mencengkam kepada kekuasaan yang ada pada mereka, lantas menguatkan lagi kesangsian bahawa saki-baki tinggalan rejim Mubarak masih segar dan berpengaruh.
Maka sehingga itu juga, kita mesti mendoakan kemenangan Dr. Morsi dan perjuangan Ikhwan di sana. Kita mesti yakin bahawa kemenangannya bakal merobah lanskap bukan sahaja umat Islam di Timur Tengah, tetapi umat Islam di seluruh dunia. Kerana kemenangannya adalah kemenangan kita jua. Perjuangan mereka adalah perjuangan kita!
Selepas Mesir, apa pula seterusnya..? Syria, Malaysia dan seluruh dunialah! Ahah!
Allahu ghayatuna!
Ar-Rasul qudwatuna!
Al-Quran dusturuna!
Al-Jihad sabiiluna!
Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar, walillahil hamd!
Moga al-Haq akan menang! Pasti menang! Senyum selebar-lebarnya.

Calon-calon presiden untuk pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir. [Kredit] |

Ruh revolusi rakyat Mesir hanya akan terus hidup sekiranya Dr. Mursi dilantik menjadi Presiden! [Kredit] |

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[an-Nasr, 110:1-3]
Moga al-Haq akan menang! Pasti menang! Senyum selebar-lebarnya.
-gabbana-
Dup
dap dup dap. Debar menantikan keputusan rasmi pilihanraya Presiden
Mesir. Mungkinkah Dr. Morsi sebagai Presiden akan menjadi suatu
kenyataan..? Insha-Allah boleh!
SUMBER : ANGEL PAKAI GUCCI. angelweragucci.blogspot.
Allahuakbar. crying for happiness while reading this article. Alhamdulillah, syukur.
Tuesday, June 19, 2012
toilet represent our inner dirty?
dulu, when i got my own toilet for the first time, i was so lazy to clean up the toilet. i'm not proud of it. =.=" i rarely clean my toilet until the floor and the wall get dirty (berdaki la senang cakap). shame on me.
my beloved daddy always told me about the importance of clean toilet and how it represent ourselves. he said " a girl love to wear clean cloth, love to make-up, take care of the skin, eat clean food..and she think that she is hygiene-girl-type already. but its not enough. u are not clean, hygine yet unless u have a clean toilet. the girl is me. yes me.
but it doesnt care about it too much. (haha) because i have my wonderful mummy to do it for me. hehe
later, i heard on TV..that toilet represent our real self.
then, i realize how importance the clean toilet are. so, from that day i become so precise about toilet cleanliness. sometimes it burden me because i doesnt want to use dirty toilet. (average dirty with dust, daki etc..not with un-flushed treasure. its not dirty..but EXTRA DIRTY)
so, get up! clean your toilet now!
i want to add some of dirty toilet's pictures here. but when i google, it shows THE MOST DIRTY TOILET I EVER SEEN. so i did not include the pictures here, i doesnt want all of u get trauma like i does. haha..
clean toilet is better. so much better. haha
Subscribe to:
Posts (Atom)